Nabi Sulaiman Dengan Jin Ifrit
Adik-adik, Pada
masa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman, semua binatang, syaitan dan jin adalah
dibawah kekuasaan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman. Kisah ini adalah
diantara kisah-kisah yang terjadi semasa pemerintahan Nabi Allah Sulaiman.
Oleh kerana baginda
amat dihormati, ramailah manusia, binatang dan jin ingin berbakti kepada
baginda. Pada suatu hari Jin Ifrit telah keluar daripada bandar Baitulmaqdis
kerana ingin mencari sebiji mutiara yang sangat cantik untuk dihadiahkan kepada
Nabi Sulaiman supaya dia mendapat pujian daripada Nabi Sulaiman dan sekaligus
ingin membuktikan kepada jin dan syaitan yang lain bahawa dialah jin yang
paling disayangi oleh Nabi Sulaiman. Secara senyap-senyap Jin Ifrit keluar
supaya tidak diketahui oleh makhluk yang lain. Setelah sampai di Laut Merah Jin
Ifrit menyelam di dasar lautan untuk mencari mutiara tersebut. Setelah puas
menyelam, mutiara tersebut tidak juga dijumpai oleh Jin Ifrit sehingga sampai
ke suatu tempat yang berbatu, ternampak olehnya kilauan dari celah-celah batu
tersebut. Setelah diamatinya ternyata kilauan tersebut adalah mutiara yang
sangat cantik yang dicari-carinya. Jin Ifrit terus mangambil mutiara tersebut
dan berenang sehingga sampai ke tepi pantai.
Semasa perjalanan
pulang, Jin Ifrit tidak mengetahui bahawa dia telah diekori oleh jin lain yang
bernama Bota. Bota terus mengejar Jin Ifrit dan memintas lalu merampas mutira
tersebut. Jin Ifrit sangat marah lalu mengejar Bota. Oleh kerana Bota lari dengan
pantas ke arah selatan menyebabkan Jin Ifrit tidak dapat mengejarnya lagi. Jin
Ifrit sangat takut kalau-kalau diketahui oleh Raja Jin bahawa mutiara tersebut
telah hilang. Tidak lama kemudian Jin Ifrit mendengan suara memanggilnya. Ifrit
mengenali suara tersebut adalah suara Raja Jin. Dengan segera Ifrit pergi
mengadap Raja Jin. Raja Jin bertanya kepada Ifrit "Mana mutiara tersebut
?" Ifrit menjawab "Mutiara tersebut telah dirampas oleh Bota".
Raja Jin mengambil
keputusan untuk mempersempahkan kes tersebut kepada Nabi Sulaiman. Satelah tiba
dihadapan Nabi Sulaiman, baginda bertanya kepada Raja Jin "Apakah
kesalahan Ifrit?". Raja jin menjawab "Ifrit telah menghilangkan
sebiji mutiara yang sangat cantik". Nabi Sulaiman berkata kepada Ifrit
"Adakah kamu telah menyembunyikan mutiara tersebut?" Ifrit
menafikannya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Nabi Sulaiman
berkata "Aku akan panggil semua jin dan syaitan untuk diperiksa".
"Sementera itu kamu akan dipenjarakan terlebih dahulu sehingga kamu
dibuktikan tidak bersalah" kata Nabi Sulaiman.
Salah seorang yang
mendengar perbicaraan tersebut ialah Perdana Menterinya yang bernama Asif.
Beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bahawa Bota adalah salah seorang
hamba kepada orang lain. Beliau berkata kepada Nabi Sulaiman " Allah
menjadikan peristiwa sebagai pembuka jalan kepada Nabi Sulaiman supaya pergi ke
selatan untuk berjuang pada jalan Allah seperti baginda janjikan dahulu".
"Mungkin Raja tersebut masih menyembah berhala" sambung Perdana
Menteri. Nabi Sulaiman menerima kata-kata tersebut lalu baginda berangkat ke
Baitulmaqdis untuk beribadah dan bersyukur kepada Allah keatas nikmatNya.
Tag :
Kisah

0 Komentar untuk "Nabi Sulaiman dan jin Ifrit"